Tuesday 5 August 2014

Raya di Pengkalan Balak, Melaka

Nak sambung cerita raya. Raya ke 4,(ari Khamis)  kami bawak mak gi berehat kat Pengkalan Balak. Yelah, mak kan tak berenti buat kerja, bawak dari subuh sampai ke malam. Bagi can mak rehat kat sini sekejap. Lagipun dekat je ngan rumah kami. Tak sampi 30 minit, kami dah sampai sini dah.
 
Yang ade, family saya & family Kintan je. Yg lain da balik rumah mentua memasing & dah ada yang start keje.
 
Survey2 terjah2 chalet2 kat sane, akhirnya jumpa yang ok, bersih n cantik. Sib baik ade kosong lagi. Kami booked 2 standard room. Ok la tu , muat2 utk kami 2 keluarga.Yang penting ada swimming pool. Untuk anak2. Mak ayah tak join le. Kami lepak tepi pantai je, betul2 depan resort comei nie.
 
Nama resort nie ISMAH Beach Resort. Boleh click kat sini untuk details ISMAH RESORT
 





Bersantai2 di bawah pohon kelapa. Betul2 sebelah bilik kami.
Nyaman jer degan angin sepoi2 bahase.

Pantai bersih sebab kawasan nie takde org mandi kat sini.
Macam ala2 private land gituu..hehe




Cantikkan gambar2 nie? Kintan@ Ai yang snapkan.

Mak terima tetamu n beraya kat sini.
Ayong dari Kundang Sg Buloh. 


Fawza n Along, macam biase, jumpe pool mandi sampai legam muka.
 
Along yang terserlah kelegamanya.
 
 
Mak & Along.


Anak dara Kintan@Ai . Along Qiqin yg sweet
 

Mendamaikan.
 
 
Dalam kami berseronok2 dan bergumbira tu, rupa2nya ada trajedi yang berlaku. Tak jauh dari tempat kami, ada sorang budak lelaki lemas n hilang kat laut waktu maghrib. Akhirnye mangsa ditemui jam 12.15pagi. Kami pon pergi tempat kejadian tu, sebab dekat sangat dengan chalet kami. First time, saksi operasi menyelamat depan mata. Ya Allah siannye arwah. Umur baru 11 tahun n anak tunggal. Dugaan buat keluarganya. Dengar cerita banyak jugak kejadian lemas kat kawasan sini. Patutlah tak ramai yang mandi manda. Dah tertulis nak jadi macam nie kan. Al-Fatihah buat Arwah Putera Izz.
 
Tu la sejarah cerita raya kami tahun nie. Ade suka & ade duka. Yang baik dijadikan sempadan, yang buruk dijadikan tauladan. Apepun, alhamdulilah, mgmg happy sangat2 dapat beraya dengan keluarga tercinta. Semua pon macam tu kan..musti happy dengan family masing2 kan.
 
Ok la, nanti sambung lagi..bye
 

                                                                                                                                                                      

No comments:

Post a Comment