Wednesday 25 June 2014

Small deco project


Gatal tangan dah nak deco2. Beli frame gambar kecik kat Romantika. Matchkan dengan cermin kesayangan.
 

Gambar Sebelum. Fawza da tambah ngan artwork dia. Menurun hobi ibu kat Fawza ye nak
 

Gambar selepas ditambah frame Parissss..hehe



Impian nak buat Black theme raya tahun nie..tercapai ke idak? hehe. Takpela, make over pelan-pelan. Raye lambat lagi..hehe

Belated Birthday Fawza

AsSalamualaikum my dear Diaries,
 
Baru nak update birthday celebration Fawza. Sambut kami anak beranak jer.
 
Birthday Fawza sebenarnye jatuh pada 7 Jun. Tapi disebabkan dia balik kampung temankan nenek, maka lambatlah sambut birthday dia.

Takpelah, bebudak kan. Tak kira tarikh bile, asalkan ade kek & hadiah da ok da.


 Handmade card by Along..cute jer

 



Hadiah dari Ayah, Ibu & Along. Fawza nie permurah & tak kedekut. Hadiah baru dapat dah share main ngan kengkawan.
 



Hadiah yang paling berharga dapat ibu beri pada Fawza, hanyalah titipan doa agar Fawza membesar menjadi insan yang solehah & berjaya didunia & diakhirat. Sentiasa berada didalam lindungan & rahmat Allah swt.
 
Ayah, Ibu & Along sayanggg Fawza! Muahhh
 

 

Tuesday 10 June 2014

Projek hujung minggu

AsSalamualaikum My Diaries.
 
Seperti biase, bile takde cerita dan idea nak menulis, mgmg takde entry la blog nie. Tapi blog hoping mgmg wajib setiap hari. Tabik spring pada semua blogger2 tegar yang setiap hari up entry yang semua, banyak beri idea & cerita yang menarik untuk dikongsi bersama.
 
Okay, nak cerita aktiviti minggu lepas. Cuti Hari Jadi Agong dimenafaatkan dengan aktiviti mengecat bilik Fawza. Warna cat dipilih oleh Along. Ibu n Ayah ikutkan je.Memamg warna yang agak mengejutkan. Purple! Kene biasekan diri dengan colour tuh.
 
 
 
Gambar sebelum
(Keadaan sebenar bersama longgokkan baju..hehe)
 
 


Gambar selepas dicat
 



 
Shocking purple! Lahai, tak biasa langsung dengan colour nie. Nampak cam kurang sesuai pon ade...takpelah, bilik bebudak kan..biar ceria sikit..takpe, kalau  mata dah tak tahan sangat, boleh pujuk ayahnya cat baru..hehe

Tak complete lagi bilik Fawza nie. Cadangnya nak pasang kipas n lampu baru. Tu kene tunggu dulu..seperti biase kekangan budget.


Okay, tu je nak cite..bye Wassalam